Kehebatan Facebook Aku

Sekarang ni, aku memang hantu FB. Kalau tak buka FB sehari macam hidup tak sempurna hari tu. Kalau dah buka FB sanggup pula bersengkang mata sampai 3,4 pagi. Gila betul. Bukannya buat apapun, just main Myshops je. Lepas tu, chat dan komen post kawan-kawan. Bukannya kawan-kawan jauh pun, roommates aje yang duduk sebelah aku.

Lama-lama FB, bukannya saja tempat main game dan chat. Tetapi tempat luahkan perasaan. Kalau lapar tulis kat wall, kalau sedih tulis kat wall juga. Tak puas hati dengan lecturer, bos atau dengan kawan-kawan memang FB juga la tempatnya. Sampai ada bergaduhan kecil dengan kawan disebabkan FB. Kadang-kadang apa yang kita tulis, boleh memberi beribu makna kepada orang lain walaupun hakikatnya apa yang ditulis itu tidak ditujukan untuk seseorang.
FBboleh jadi sebagai medan peperangan yang paling mudah dan hebat. Tempat untuk mengumpat, mengata, menghasut, merendahkan orang lain dan entah apa-apa lagi. Hebat sungguh bahana FB.
Tapi sekarang aku fikir, FB sepatutnya dijadikan tempat untuk kita berkongsi sesuatu yang berfaedah di dunia dan akhirat. Bukannya sekadar tempat luahan perasaan, mencari rakan atau medan pertempuran. Setiap apa yang kita buat walau sebesar zarah akan dihitung.
Sampai bila kita mahu menulis “laparnya harini”, “stress giler”, “I hate u…f#$k”, uhuhu ..FB itu hebat! Tetapi kenapa kita tidak menggunakan kehebatan FB itu untuk kita berkongsi ilmu yang memberi kebaikan di dunia dan akhirat?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ^_^

1 comment:

Sophiahany said...

HAHAHA..Sama lah kite..